Saturday, January 28

tugas kerja dan wartawan

kerja itu ibadah. kerja yang kita suka dengan yang kita tak suka , beda.
kerja dengan niat ikhlas dengan hanya demi kerana semata untuk dapat ganjaran juga beda. Ada yang zahirnya kita nampak iaitu duit.
Jadi, tiap kerja ada job task yang beda.  Cuma kita perlu tahu apa kita perlu buat, apa larangan kita kena jauhkan dan apa yang patut kita belajar. Macam pemandu bas wajib bawa penumpang ke tempat yang mereka nak. Doktor pula tentu merawat pesakitnya. Kadang kadang, tugas kerja kita , cara kerja kita memang susah nak describe pada orang. Orang susah nak faham. Sebab dia hanya nampak kasut kita yang cantik warnanya.tapi jauh untuk berkesempatan rasa masuk ke dalam kasut kita kan?
Lumrah ;  kita ditanya, dan kita menjawab. Cuma sampai satu masa bila kita ditanya wartawan, sediakan saja soalan dan jawaban buat soft copy. Tibanya mereka bertanya, kita berikan saja hard copy
Wartawan 1:
"sekarang kerja apa?"  ditanya lagi bertubi-tubi. "buat produk apa? "kerja masuk pukol berapa ,balik pukol berapa?"
"rehat berapa kali?" "basic berapa?" "kalau sehari, berak berapa kali?" "selalu senggugut?"

Bila menggangur lain pula cerita. Dipandangnya sinis, ditendangnya kebelakang.
Jauh lagi nak support. soalan-soalan pun agak macam "cibaikia" jugalah.

Wartawan 2:
"eh, tak cari kerja ke? duduk rumah je?"
"boleh hidup ke, xde income?"

jadi teka teki minggu ini adalah:
apa yang perlu kita namakan wartawan 1 & 2?
isi abjad yang sesuai di tempat kosong:
_ _ _ _     _ _ _ _ _ _

hint: haiwan kecil
Selamat meneka.Terima kasih.

4 comments:

remy zain said...

Jwpn: babi ngepet..hahahahaha

KiD said...

ramai sgt yg pilih wartawan.soalan tak bertauliah.

YM said...

remy : babi ngepet ? nak tengok rupa dia.hahaha

YM said...

kid : kan? teka la beb.haha